DHAKA- PYT Norlin binti Othman, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia dan suami, Encik Zakaria Hj. Idris telah menganjurkan majlis berbuka puasa bersama kakitangan Kedutaan dan rakyat Malaysia di Kediaman Rasmi beliau pada 3 Ogos 2012. Program yang dianjurkan di bawah ‘Program Mendampingi Rakyat Malaysia 2012’ itu telah dihadiri oleh sebilangan rakyat Malaysia yang sedang bermastautin dan yang sedang mengikuti kursus di Bangladesh. Selepas berbuka puasa, solat Maghrib secara berjemaah telah dilaksanakan dan disusuli dengan makan malam. Pelbagai masakan Malaysia dan kuih-muih telah disediakan secara ‘pot-luck’ yang sedikit sebanyak mengubat rindu masing-masing dengan kampung halaman.