Mission News

MAJLIS MAKAN MALAM YB MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT BERSAMA RAKYAT MALAYSIA DI DHAKA, BANGLADESH, 16 JUN 2013

17 June 2013 1 views

 

 

DHAKA-  Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka telah menganjurkan Majlis Makan Malam bersama YB Datuk Hajah Rohani Hj. Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 16 Jun 2013 di Dhaka. Majlis ini diadakan sempena lawatan kerja YB Menteri Pembangunan Wanita dan delegasi untuk menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Hal Ehwal Wanita Komanwel ke-10 yang akan diadakan pada 17-19 Jun 2013 di Dhaka, Bangladesh. Selain daripada pegawai-pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia, majlis tersebut juga turut dihadiri oleh seramai 60 orang rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelajar-pelajar dan profesional yang sedang menuntut atau berkhidmat di Dhaka. Majlis yang dianjurkan atas permintaan YB Menteri Pembangunan Wanita ini adalah bertujuan untuk beliau bertemu dan mengenali secara lebih dekat lagi rakyat Malaysia di Dhaka selain dapat berkongsi perkembangan terkini serta isu-isu semasa di tanahair. YB Menteri turut diiringi oleh YBhg. Dato' Sri Dr. Noorul Ainur Mohd Nur, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan pegawai-pegawai dari Kementerian.
 
 
Ucapan alu-aluan dari PYT Norlin Othman, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia
 
 

 YB Datuk Hajah Rohani menyampaikan amanat beliau kepada tetamu yang hadir

 

 

    Sesi bergambar bersama rakyat Malaysia di Dhaka, Bangladesh

 

  

Share:
Link copied to clipboard
Back