Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2016, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka telah mengadakan Rumah Terbuka bertempat di Rumah Malaysia pada 7 Julai 2016. Tetamu-tetamu yang hadir adalah di kalangan rakyat Malaysia di Dhaka, Duta-Duta Diplomat asing di Bangladesh serta ahli keluarga.
Pelbagai jamuan yang dihidangkan seperti Lemang, Laksa Johor, Nasi Dagang dan makanan tradisi Malaysia.
Sambutan diadakan dalam keadaan meriah dan bersederhana.
SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA, DHAKA
7 JULAI 2016