THE ESTABLISHMENT OF A CENTRE FOR MALAY STUDIES AT THE UNIVERSITY OF DHAKA, BANGLADESH
Her Excellency Haznah Md Hashim, High Commissioner of Malaysia to Bangladesh witnessed the signing of a Memorandum of Understanding (MoU) on the establishment of a Centre for Malay Studies at the University of Dhaka on 10 October 2022 - a collaboration between Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) and the University of Dhaka which has been successfully driven by the High Commission of Malaysia in Dhaka.
This establishment of a Centre for Malay Studies at the University of Dhaka is indeed a significant step towards strengthening the bilateral relations, in marking the 50th anniversary of the diplomatic relations between Malaysia and Bangladesh. Malaysia enjoys a close bilateral relations with Bangladesh, and the former was the first Muslim nation to recognise the sovereignty of the latter in 1971, which was followed by an official correspondence on 31 January 1972.
The High Commission of Malaysia strongly advocated for the establishment of such Centre for Malay Studies, towards the advancement of Malay language at international fora through cultural diplomacy. The Centre will also showcase a unique Malay culture and tradition as well as the best quality of Malaysian education.
Malay Language or Bahasa Melayu was a Lingua Franca which was widely spoken in commerce and diplomacy in the past, and is currently spoken by about 300 million people in Southeast Asia.
PENUBUHAN PUSAT PENGAJIAN MELAYU DI UNIVERSITI DHAKA, BANGLADESH
PYT Haznah Md Hashim, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Bangladesh menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman bagi penubuhan Pusat Pengajian Melayu di Universiti Dhaka pada 10 Oktober 2022 - satu kolaborasi antara Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Dhaka dengan usaha yang diterajui oleh Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka.
Sesungguhnya penubuhan Pusat Pengajian Melayu di Universiti Dhaka ini adalah merupakan satu langkah penting ke arah mengukuhkan lagi hubungan dua hala, bersempena dengan Ulangtahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan Bangladesh. Malaysia mempunyai hubungan dua hala yang rapat dengan Bangladesh dan adalah merupakan negara majoriti Muslim pertama yang mengiktiraf kemerdekaan Bangladesn pada tahun 1971, diikuti dengan koresponden diplomatik pada 31 Januari 1972.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia telah memberikan dorongan kuat terhadap penubuhan Pusat Pengajian Melayu ini, bagi memartabatkan Bahasa Melayu di arena antarabangsa melalui diplomasi budaya. Di samping itu, Pusat Pengajian Melayu ini juga akan mengetengahkan keunikan budaya dan tradisi Melayu serta pendidikan Malaysia yang berkualiti.
Bahasa Melayu pernah menjadi Lingua Franca yang dipertuturkan secara meluas dalam urusan perdagangan dan diplomasi pada masa yang lampau, dan dipertuturkan pada ketika ini oleh anggaran 300 juta orang di rantau Asia Tenggara.





