Mission News

MAKLUMAN - PERMOHONAN UNDI POS DI LUAR NEGARA DI BAWAH AKTA 1B UNTUK PILIHANRAYA UMUM KE 14

30 January 2018 2 views

Adalah dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) melalui kenyataan akhbar SPR bertarikh 23 Januari 2018 telah mengumumkan mengenai permohonan pengundian pos luar negara yang telah dibuka bermula 23 Januari 2018.  Permohonan ini dibuka kepada mana-mana warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pemilih dan layak mengundi pada hari pengundian tetapi berada di luar negara, untuk memohon untuk mengundi secara pos dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

 

2. Bagi maksud untuk memohon kemudahan mengundi melalui pos, warganegara Malaysia yang berada di luar negara perlu memenuhi syarat-syarat seperti yang berikut:

 

2.1. mestilah seorang pemilih berdaftar;

 

2.2. pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak kurang dari 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa;

 

2.3. menetap di luar negara KECUALI bagi mereka yang tinggal di selatan Thailand (wilayah Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun), Singapura, Brunei dan wilayah Kalimantan Indonesia tidak layak diberikan kemudahan untuk mengundi melalui pos dan perlu balik mengundi pada hari pengundian dijalankan.

 

3.  Mana-mana warga negara Malaysia yang memenuhi syarat-syarat seperti yang digariskan boleh memohon kemudahan mengundi secara pos dengan mengisi Borang 1B – Borang Permohonan Kertas Undi Pos (Pengundi Pos Luar Negara) melalui laman sesawang SPR di www.spr.gov.my.
Share:
Link copied to clipboard
Back