Mission News

#QuranHour Anjuran Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Bandar Seri Begawan

31 August 2018 1 views

31 Ogos 2018, Bandaru Seri Begawan - Seusai Majlis Menaikkan Jalur Gemilang Sempena Hari Kebangsaan Malaysia ke-61,  Sesi #QuranHour bersama rakyat Malaysia telah diadakan di Ruang Legar, Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Bandar Seri Begawan.

 

Penyertaan adalah dari kalangan pegawai HBS dan para pelajar serta rakyat Malaysia secara sukarela. Seramai lebih kurang 30 orang telah mengambil bahagian.  Tuan Haji Ibrahim Seddiqi Talib, Pengarah Tourism Malaysaia telah mengetuai #QuranHour dengan pengisian penghayatan Quran,Tadabbur dan Tazakkur bagi surah Al-Fatihah, Surah Al- Baqarah ayat 1-5 dan Surah Al-Hujarat.

 

#QuranHour ini adalah pertama kali diadakan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan.  Acara ini akan terus dikekalkan ditahun-tahun yang akan datang.

 
 
 
 
 
 
 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back