Mission News

34 KUNJUNGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN

25 June 2008 1 views

34 KUNJUNGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN

BANDAR SERI BEGAWAN - Seramai 34 orang terdiri dari ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia hari ini mengadakan lawatan kerja ke Kementerian Pendidikan Brunei Darussalam.

Rombongan yang diketuai oleh Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia Dato Haji Kusaini Haji Hasbullah bertujuan untuk bertukar-tukar pandangan dan pengalaman bersama warga Kementerian Pendidikan Brunei mengenai amalan terbaik yang diguna pakai oleh kedua-dua buah negara.

Di samping itu, ia juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan yang sedia terjalin di antara Brunei dan Malaysia khususnya di antara Kementerian Pendidikan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia.

Rombongan dialu-alukan oleh Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan Dayang Apsah Haji Abd Majid dan pegawai kanan kementerian berkenaan.

Dalam lawatan kerja itu, rombongan diberikan taklimat mengenai Kementerian Pendidikan yang disampaikan oleh Ketua Unit Pengambilan dan Penempatan Guru Pengiran Othman Pengiran Haji Mohd Daud.

Sementara Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Dato Wan' Khazanah Ismail menyampaikan taklimat mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia.

Majlis berlangsung di Dewana Persidangan Utama (P1) Kementerian Pendidikan.

 

Ihsan Media Permata
Share:
Link copied to clipboard
Back