| ASEAN@50 Exhibition sempena penubuhan ASEAN Ke-50 Tahun telah diadakan pada 12 – 13 Ogos 2017, di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Erywan Bin Pehin Dato Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusuf, Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Negara Brunei Darussalam pada 12 Ogos 2017 jam 9.00 pagi. Turut serta semasa perasmian adalah Ketua-Ketua Perwakilan Negara-negara ASEAN. Semua Ketua-Ketua Perwakilian Asing di Negara Brunei Darussalam dijemput hadir.
Pelbagai aktiviti dilaksanakan antaranya ialah persembahan kebudayaan dari Negara Malaysia, Indonesia, Philippines, Laos, Jepun, China dan Negara Brunei Darussalam. Persembahan kebudayaan oleh Malaysia telah dijayakan dengan kerjasama Jabatan Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Perbadanan Labuan.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia dengan kerjasama Pejabat Tourism Malaysia, Bandar Seri Begawan tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam mempamerkan bahan-bahan pelancongan di booth Malaysia. Turut dijamu kepada para tetamu ialah makanan tradisional Malaysia iaitu Laksa Johor yang telah disediakan oleh Pegawai HBS, Suruhanjaya Tinggi Malaysia.
Kedutaan-Kedutaan Asing di sini juga turut memberi sokongan dengan membuka booth dan mempamerkan makanan tradisional masing-masing.
Disertakan bersama ini antara gambar yang telah diambil semasa majlis berlangsung. |