Mission News

ASEAN at 50 Exhibition, Bandar Seri Begawan

14 August 2017 1 views

ASEAN@50 Exhibition sempena penubuhan ASEAN Ke-50 Tahun telah diadakan pada 12 – 13 Ogos 2017, di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.  Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Erywan Bin Pehin Dato Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusuf, Timbalan Menteri Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Negara Brunei Darussalam pada 12 Ogos 2017 jam 9.00 pagi.  Turut serta semasa perasmian adalah Ketua-Ketua Perwakilan Negara-negara ASEAN.  Semua Ketua-Ketua Perwakilian Asing di Negara Brunei Darussalam dijemput hadir.

 

Pelbagai aktiviti dilaksanakan antaranya ialah Trade Talk With Local Businesses, Education Talk, Cultural Showcase dan persembahan kebudayaan dari Negara Malaysia, Indonesia, Philippines, Laos, Jepun dan Negara Brunei Darussalam.  Persembahan kebudayaan dari Malaysia telah dijayakan dengan kerjasama Jabatan Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Perbadanan Labuan.

 

Suruhanjaya Tinggi Malaysia dengan kerjasama Pejabat Tourism Malaysia, Bandar Seri Begawan turut serta mempamerkan bahan-bahan pelancongan di booth Malaysia. Para tetamu juga dapat merasa menu warisan Malaysia iaitu Laksa Johor yang telah disediakan oleh Pegawai HBS, Suruhanjaya Tinggi Malaysia.

 

Kedutaan-Kedutaan Asing di sini juga turut memberi sokongan dengan membuka booth pameran pelancongan dan pendidikan serta mempamer dan menjamu makanan tradisional masing-masing.

 

Disertakan bersama ini antara gambar yang telah diambil semasa majlis berlangsung.

 
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Share:
Link copied to clipboard
Back