Mission News

ASEAN Day Landmark Lighting

09 August 2017 1 views

ASEAN Day Landmark Lighting telah diadakan di hadapan Bangunan Alat-Alat kebesaran Diraja (Royal Regalia Building), Bandar Seri Begawan pada 8 Ogos 2017.  Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Rtd.) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam.  Ketua-ketua Perwakilan Asing di Negara Brunei Darussalam dijemput hadir memeriahkan majlis.

 

Majlis dimulakan dengan Tarian Selamat datang buat semua tetamu.  Selepas itu lagu ASEAN Anthem dinyanyikan dengan diringi muzik.  Antara aktiviti yang dijalankan semasa majlis tersebut ialah persembahan 'Pipe Band' dari Prisons Department, ASEAN Flag Bearers, 50 Alumni members of the Ship for Southeast Asian Youth dan 'Parade of 50 bicycles from 1960's to present'.  Sejurus selepas itu, lampu warna-warni dinyalakan di Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja sebagai 'ASEAN Landmark' di Bandar Seri Begawan, Bandar Kebudayaan ASEAN (ASEAN City of Culture).

 

Antara lain dipersembahkan juga Persembahan Tarian oleh Negara Brunei Darussalam dan Persembahan Nyanyian lagu 'Anak' dari Negara Republic of Philippines.

 

Sebagai persembahan penutup lagu 'ASEAN We Are One' dinyanyi kan beramai-ramai.

 

Berikut adalah antara gambar semasa majlis berlangsung.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back