Mission News

BD-BEBC Field Trip to Eco Ponies Garden at Lamunin, Tutong

31 July 2017 1 views

BD-BEBC atau Brunei Darussalam BIMP-EAGA Business Council telah mengadakan lawatan ke Eco Ponies Garden yang terletak di Lamunin, Tutong.  Lawatan yang berlangsung pada 29 Julai 2017 ini telah disertai oleh Ketua-Ketua Perwakilan Asing.  Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Wardi bin Hj Md Ali, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Negara Brunei Darussalam.

 

Tujuan utama trip ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada para tetamu untuk mengenali lebih dekat akan alam semula jadi.  Antara aktiviti yang telah diketengahkan semasa trip tersebut ialah demo masakan tradisional seperti ayam pansoh, umbut rotan dan sambal kunyit, ikan dalam buloh dan ayam masak dalam kelapa oleh Persatuan Bisaya Sarawak. Turut dihidangkan juga ialah minuman herba seperti jus rosella dan jus serai. Sambil menjamu selera, para tetamu didendangkan dengan Muzik Gulintangan yang dipersembahkan oleh Persatuan Bisaya Sarawak.

 

Disertakan gambar-gambar semasa majlis berlangsung.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back