Mission News

Bekas graduan UM tubuh Alumni di Brunei

14 November 2008 1 views

Bekas graduan UM tubuh Alumni di Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis (13 Nov 08) - Kira-kira 60 bekas graduan Universiti Malaya yang berada di Brunei malam tadi menghadiri Majlis Ramah Mesra yang menjadi titik tolak bagi penubuhan Persatuan Alumni UM-Chapter Brunei.

Selain mengekalkan hubungan antara bekas-bekas graduan, Alumni UM-Chapter Brunei bercadang melaksanakan berbagai program di samping memastikan agar lebih ramai pelajar dari Brunei dapat meneruskan pengajian mereka di universiti terulung di Malaysia itu.

Majlis yang berlangsung di Suruhanjaya Tinggi Malaysia, di sini turut dihadiri Menteri Pendidikan, Pehin Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Abdul Rahman Haji Mohamed Taib, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Pehin Dato Seri Setia Dr. Haji Awang Ahmad Haji Jumat, Menteri Perhubungan Pehin Dato Seri Setia Awang Haji Abu Bakar Haji Apong, Timbalan Menteri Pendidikan Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Haji Abdul Rahman dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Dato' Ku Jaafar Ku Shaari.

Dalam ucapannya, Pehin Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman berkata, sebagai bekas siswazah UM, beliau berbangga dan bertuah kerana dapat menimba ilmu di universiti terkenal itu.

Selain mengimbau nostalgia semasa zaman universiti, beliau berharap para bekas graduan UM berganding bahu melaksanakan sesuatu yang boleh membanggakan gedung ilmu yang banyak berjasa itu.

Sementara itu, Dato Ku Jaafar dalam ucapannya pula berkata, Universiti Malaya telah melahirkan ramai pemimpin bertaraf dunia, serantau dan nasional di samping mengeluarkan beribu cendikiawan dan profesional dan sehingga hari ini masih mengekalkan kedudukannya sebagai antara 250 universiti terbaik dunia.

"Sesungguhnya kita semua merasa amat bangga kerana tiga orang menteri kanan negara Brunei Darussalam dan seorang timbalan menteri adalah bekas graduan UM.

"Semoga penubuhan Alumni-UM Chapter Brunei ini akan membuka lembaran baru sebagai pemangkin dalam menyumbang terhadap pengukuhan persaudaraan yang lebih erat antara Brunei Darussalam dan Malaysia melalui jalinan networking bekas graduannya," kata beliau.

Pada majlis itu, Dato' Ku Jaafar mencadangkan Pehin Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Abdul Rahman selaku graduan Universiti Malaya paling senior di Brunei yang memasuki universiti itu pada tahun 1963, dilantik sebagai penaung alumni itu.

Ihsan Media Permata

University of Malaya alumni in Brunei soon


Thursday, November 13, 2008

A UNIVERSITY of Malaya alumni will be formed in Brunei to create a legal channel for the alumni to organise social welfare facilities.



The university's Brunei chapter will also see more community programmes and the development of ummah (Muslim community), the development of education, economy, culture and sports as well as a continuous relationship with the university, said Hj Azis Hj Nayan, an alumni member.



Organised for former students of the university at the Malaysian High Commission at Jln Kebangsaan last night, Hj Azis was speaking at a gathering to strengthen affliations between the veteran and young former students of the university.



Former student of the university, Minister of Education Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Hj Abdul Rahman Dato Setia Hj Mohamed Taib said that the gathering was organised to reach a mutual agreement on the establishment of the University of Malaya Alumni-Brunei Chapter as a legal and recognised association.



Malaysian High Commissioner Dato' Ku Jaafar Ku Shaari said that the gathering was held to gather the university's former students and give graduates the opportunity to be nostalgic and reminisce about studying at the university.



Also present at the gathering were Minister of Culture, Youth and Sports Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr Hj Ahmad Hj Jumat, Minister of Communications Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Hj Abu Bakar Hj Apong and Deputy Minister of Education Pg Dato Seri Setia Dr Hj Mohammad Pg Hj Abd Rahman. (NJA1)



Courtesy of The Brunei Times
Share:
Link copied to clipboard
Back