Mission News

Duta Berkelana berkenan hadiri Malam Malaysia

04 February 2010 1 views


Pengiran Anak Puteri Hajah Masna berbual mesra bersama Dato' Seri Dr Ng Yen Yen di majlis Malam Malaysia.

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna berkenan menghadiri majlis Malam Malaysia di Dewan Persidangan Bridex Jerudong, dijunjung oleh Menteri Pelancongan Malaysia Dato' Seri Dr Ng Yen Yen

Salah satu tarian tradisional Sabah dipersembahkan pada majlis Malam Malaysia.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu - Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Duta Berkelana di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan malam ini berkenan berangkat ke majlis Malam Malaysia di Dewan Persidangan Bridex, Jerudong.

Keberangkatan Pengiran Anak Puteri Hajah Masna di junjung oleh Menteri Pelancongan Malaysia Dato' Seri Dr Ng Yen Yen selaku penganjur malam berkenaan.

Turut hadir ke majlis berkenaan ialah Menteri Perindustrian dan Sumber-sumber Utama Pehin Dato Seri Setia Haji Yahya Haji Abu Bakar, Timbalan Menteri Perindustrian dan Sumber-sumber Utama Dato Paduka Haji Hamdillah Haji Abdul Wahab serta para delegasi Forum Pelancongan ASEAN 2010.

Para tetamu telah dihiburkan dengan pelbagai persembahan tarian dan nyanyian yang berwarna-warni termasuk lagu "Satu Malaysia" dan gabungan tarian tradisional yang terdapat di Malaysia.

(Media Permata : 28 January 2010)
Share:
Link copied to clipboard
Back