BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin - Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Dato' Ku Jaafar Ku Shaari hari ini melancarkan Ekspo Produk Malaysia yang dianjurkan oleh Syarikat Perdana Sendirian Berhad.
Ekspo meliputi jualan dari barangan produk kecantikan, pakaian dan perubatan asli, barangan perabot dan barangan terapi. Dato' Ku Jaafar turut melawat beberapa pondok bagi menyaksikan lebih dekat produk-produk hasil buatan Malaysia dijual pada ekspo berkenaan.
Ekspo Produk Malaysia yang diadakan buat kali kedua disertai oleh 62 syarikat dengan 74 pondok akan berlangsung daripada 2 sehingga 9 Mei ini di Stadium Tertutup Hassanal Bolkiah.
Salah satu produk yang dijual ialah dari Pondok BruSalam Caf yang menjual kopi putih dengan Goji Guarana dikilangkan di Malaysia adalah salah satu produk tempatan Brunei. Pemiliknya, Latifah Haji Abdul Talip berkata produknya mempunyai keharuman dan rasa yang berbeza daripada kopi biasa dan dijual dengan harga $12 sekotak.
(Media Permata, 4 Mei 2010)