Mission News

EKSPO PROMOSI PELANCONGAN SARAWAK DILANCARKAN

07 March 2008 1 views

EKSPO PROMOSI PELANCONGAN SARAWAK DILANCARKAN

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat - Sarawak Tourism Board hari ini mengadakan majlis pelancaran rasmi Sarawak Travel Fair 2008 di The Mall Gadong.

Hadir merasmikan ekspo mempromosikan Pelancongan Sarawak itu ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Brunei Darussalam Dato' Ku Jaafar Ku Shaari yang kemudiannya menyumpit belon merasmikan ekspo 3 hari itu.

Turut bersama di majlis hari ini Eksekutif Sarawak Tourism Board Micheal Lu Yian Hock yang menyampaikan ucapan alu-aluannya sebelum Dato' Ku Jaafar merasmikan majlis diikuti dengan persembahan permainan Sape dan tarian tradisional kaum Iban, Sarawak.

Pelbagai program dan persembahan di rancang oleh Sarawak Tourism Board bagi memeriahkan suasana di gedung membeli belah itu di samping sambutan hebat pengusaha-pengusaha komputer tempatan untuk mengambil peluang mempromosikan produk jualan mereka.

 

Ihsan Media Permata

Share:
Link copied to clipboard
Back