BD-BEBC atau Brunei Darussalam BIMP-EAGA Business Council telah mengadakan Field Trip ke Eco Ponies Garden yang terletak di Lamunin, Tutong. Trip yang berlangsung pada 29 Julai 2017 ini telah disertai oleh beberapa Ketua Perwakilan Asing di Negara Brunei Darussalam. Tetamu kehormat bagi trip ini ialah Tuan Wardi bin Hj. Md. Ali, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan Negara Brunei Darussalam.
Trip ini memberi peluang kepada para tetamu untuk mengenali lebih dekat akan alam semulajadi. Antara aktiviti yang diketengahkan ialah demo masakan secara tradisional bagi menu ayam pansoh Sarawak, umbut rotan dan sambal kunyi, ikan dalam buloh dan ayam masak dalam kelapa yang ditunjukkan oleh Persatuan Bisaya Sarawak. Para tetamu juga dihidangankan makan tengah hari menu-menu tradisi antara lainnya ialah nasi telang, umbut rotan, ayam pansuh Sarawak, ikan dalam buluh, sayur pakis tumis, ulaman dan sambal cacah, ubi rebus dan pengat pisang. Turut dihidangkan juga jus bunga rosella dan jus serai. Sambil menjamu selera, para tetamu dihiburkan dengan muzik Gulintangan yang dipersembahkan oleh Persatuan Bisaya Sarawak dengan kerjasama En. Nicholas Rindang Anak Sungkai, Setiausaha Persatuan Bisaya Sarawak, Cawangan Kampung Bambangan.
Berikut adalah gambar-gambar semasa majlis berlangsung.