Mission News

FLAG RISING CEREMONY 2025

31 August 2025 1 views

Pada tanggal 31 Ogos 2025, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bandar Seri Begawan telah menganjurkan upacara menaikkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-68 yang bertemakan ‘Malaysia Madani, Rakyat Disantuni’.

Upacara tahunan ini telah mendapat sambutan lebih daripada 200 orang rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai latar belakang. Upacara dimulakan dengan menaikkan bendera Jalur Gemilang diiringi lagu Negaraku, dan disusuli dengan nyanyian dua buah lagu patriotik iaitu Jalur Gemilang dan Malaysia Madani, Rakyat Disantuni.

Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan ikrar Rukun Negara serta ucapan oleh TYT Datuk Mohd Aini Atan, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia. Dalam ucapan beliau, TYT Pesuruhjaya Tinggi menyeru agar rakyat Malaysia di perantauan mengambil iktibar dan menginsafi pengorbanan pejuang kemerdekaan negara, memperkukuhkan jati diri, serta senantiasa berpegang teguh kepada prinsip kesetiaan kepada raja dan negara.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan dan sesi ramah mesra bersama masyarakat Malaysia di Negara Brunei Darussalam.

Share:
Link copied to clipboard
Back