Mission News

Hari Kebangsaan Malaysia ke-67 yang bertemakan ‘Jiwa Merdeka’

02 September 2024 1 views
Pada tanggal 31 Ogos 2024, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bandar Seri Begawan telah menganjurkan upacara tradisi menaikkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-67 yang bertemakan ‘Jiwa Merdeka’.
 
Upacara tahunan ini telah mendapat sambutan lebih daripada 200 orang rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai latar belakang. Upacara dimulakan dengan menaikkan bendera Jalur Gemilang diiringi lagu Negaraku dan disusuli dengan nyanyian dua buah lagu patriotik iaitu Jalur Gemilang dan Madani Jiwa Merdeka.
 
Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan ikrar Rukun Negara serta ucapan oleh Puan Nur Ezira Mahadi, Kuasa Usaha Sementara Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bandar Seri Begawan, sebelum diakhiri dengan tayangan filem patriotik dan sesi ramah mesra.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Share:
Link copied to clipboard
Back