| Bandar Seri Begawan, 15 Dis. 2018 – Satu Majlis Hari Keluarga Suruhanjaya Tinggi Malaysia telah diadakan di Pantai Muara. Majlis bermula seawal 7.30 pagi dengan kehadiran Home Based Staff (HBS) dan Kakitangan Ambilan Tempatan (KAT) serta keluarga masing-masing.
Acara dimulakan dengan doa dan seterusnya ucapan ringkas oleh Kuasa Usaha Sementara dan diikuti dengan senamrobik secara beramai-ramai. Hari Keluarga ini telah dijayakan dengan kerjasama semua pihak terutama HBS dan LRS serta keluarga masing-masing. Pelbagai acara sukaneka telah diadakan antaranya acara lari dalam guni, isi air dalam botol, lari kepit belon dan tarik tali. Sambil beriadah, semua peserta bersama-sama menikmati juadah yang telah dibawa secara ‘potluck’ dan ‘BBQ’.
Selain itu, telah diadakan juga acara pertukaran hadiah antara semua HBS dan LRS dan juga cabutan bertuah. Antara hadiah cabutan bertuah yang menjadi rebutan semua ialah tiket pergi dan balik untuk dua orang ke Kota Kinabalu, Kuala Lumpur dan Kuching.
Antara lain, majlis turut meraikan sumbangan yang telah diberikan oleh semua KAT dengan penyampaian sijil-sijil Anugerah Penghargaan. Kuasa Usaha Sementara telah meyampaikan Sijil Prestasi Kerja Baik 2018 kepada YM Pg. Nikmah Binti Pg. Hj. Ibrahim dan Sijil Anugerah KAT Paling Bekerjasama 2018 kepada Saudara Soffian Masral. Majlis juga meraikan sumbangan yang telah diberikan oleh Saudara Hazrah Hizrin Hj. Abdul Kadir sepanjang beliau bertugas di Suruhanjaya Tinggi Malaysia sebagai Pemandu. Saudara Hazrah akan meneruskan perkhidmatan beliau di tempat baharu pada tahun 2019.
Kuasa Usaha Sementara telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak terutamanya HBS dan KAT dan keluarga yang telah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan Hari Keluarga ini. Semoga majlis yang sama dapat diadakan lagi di masa-masa akan datang untuk merapatkan dan meraikan silaturrahim dengan semua.
Berikut adalah antara gambar yang telah diambil semasa majlis berlangsung. |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |