Mission News

HARI SUKAN NEGARA 2023

23 October 2023 1 views
Pada 15 Oktober 2023, Suruhanjaya Tinggi Malaysia (STM) di Bandar Seri Begawan telah menganjurkan sambutan Hari Sukan Negara 2023 di perkarangan Bangunan Canseri. Sekitar 300 warganegara Malaysia yang bermastautin di Negara Brunei Darussalam telah menghadiri sambutan tersebut. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah ‘brisk walk’, zumba, tarik tali, futsal dan sukaneka kanak-kanak.
 
TYT Raja Dato’ Reza Raja Zaib Shah, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam dalam ucapan beliau telah menyatakan harapan agar penganjuran aktiviti-aktiviti sukan seumpama ini dapat digiatkan lagi demi memupuk gaya hidup sihat serta menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia di Brunei.
 
Sambutan Hari Sukan Negara tahun ini juga diserikan dengan upacara perasmian gelanggang futsal STM yang baharu yang telah disempurnakan oleh TYT Raja Dato’ Reza. Pasukan futsal STM yang diketuai oleh TYT Pesuruhjaya Tinggi Malaysia telah berjaya merangkul johan dalam pertandingan futsal yang buat julung kalinya diadakan sempena sambutan Hari Sukan Negara 2023.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Share:
Link copied to clipboard
Back