Mission News

Harmoni FM wawancara Ketua Menteri Melaka

12 May 2010 1 views

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa - Harmoni FM yang boleh diikuti melalui siaran 94.1 FM telah berpeluang untuk mewawancara Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam secara langsung pagi ini.

Datuk Seri Mohd Ali Rustam diwawancara dalam Konti Harmoni FM semasa lawatan beliau ke Jabatan Radio Televisyen Brunei (RTB) pagi ini bagi mempromosikan kempen 'Jom ke Melaka' dan 'Sukan Malaysia (SUKMA) ke-13, 2010.'

Mengalu-alukan kehadiran rombongan dari Melaka itu yang termasuklah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke negara ini, Dato Ku Jaafar Ku Shaari, ialah pemangku Pengarah RTB, Haji Mohd Idris Haji Mohd Ali dan pegawai-pegawai kanan RTB

Sewaktu sesi wawancara berkenaan, beliau menyatakan bahawa Negeri Melaka sudah bersedia untuk menerima pegawai dan atlit bagi Sukan Malaysia tahun ini termasuk kontinjen dari Negara Brunei Darussalam.

Menurutnya lagi, pihak penganjur telah berkesanggupan untuk menganjurkan 33 acara sukan biarpun ada beberapa acara berkenaan tidak memberikan kelebihan kepada kontinjen tuan rumah sendiri.

Kontinjen Melaka juga telah menyasarkan 60 pingat emas untuk dikutip sepanjang Sukan Malaysia nanti, tambahnya.

 

 

(Media Permata, 5 Mei 2010)

 

Share:
Link copied to clipboard
Back