Pada 18 Mac 2011 jam 7.30 malam dan bertempat di Dewan Suruhanjaya Tinggi Malaysia, satu majlis telah diadakan bagi meraikan kedatangan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam yang baru iaitu TYT Dato’ Abdullah Sani Omar dan isterinya Y.Bhg. Datin Adeda Rahimah Ahmad. Majlis ini dihadiri oleh warga Malawakil dan ahli keluarga seramai hampir 60 orang. Turut hadir ialah wakil syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Brunei iaitu Malaysia Airlines dan Maybank. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Encik Agus Salim Yusof (Ketua Canseri), ucapan pengenalan oleh 2 orang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia yang ditempatkan sementara selama 3 bulan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia iaitu Encik Sahmad Abang dan Encik Ariffin Rajab, ucapan TYT Dato’ Abdullah Sani Omar dan jamuan.