Mission News

KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG 2023

25 September 2023 1 views
Pada 14 Ogos 2023, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bandar Seri Begawan (STM) telah menerima kehadiran konvoi daripada Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Sarawak yang diketuai oleh Encik Jaafar Jantan, Pengarah JaPen Sarawak. Konvoi yang terdiri daripada 49 orang ahli dan 11 buah kenderaan telah memulakan Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2023 daripada Serian, Sarawak pada 8 Ogos 2023 dan dijangka menamatkan perjalanan mereka di Kuching, Sarawak pada 15 Ogos 2023.
 
STM selaku rakan strategik JaPen Sarawak berbesar hati menjayakan KMJG 2023 ini merentasi Negara Brunei Darussalam. KMJG ini dilihat dapat menyuburkan lagi perasaan cintakan negara dan juga semangat Malaysia Madani di kalangan masyarakat Malaysia di ambang sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos serta Hari Malaysia pada 16 September akan datang.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Share:
Link copied to clipboard
Back