Mission News

KEMPEN MEMBERSIHKAN PANTAI

29 August 2022 1 views
Suruhanjaya Tinggi Malaysia dengan kerjasama Alumni Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) dan Green Brunei pada 18 Ogos 2022 telah menganjurkan Kempen Membersihkan Pantai bertempat di Pantai Muara. Kempen ini turut mendapat dokongan daripada AEWON Brunei, Aewon Professional PPE Megastore, Petronas Carigali Brunei Ltd. (PCBL) serta dua buah persatuan rakyat Malaysia di negara ini iaitu Persatuan Warganegara Malaysia (PWM) dan Persatuan Kebajikan Melayu Se-Malaysia (PKMS).
 
Program yang diadakan bersempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia ini, telah dihadiri oleh sekitar 80 orang peserta yang terdiri daripada alumni MTCP dan komuniti Malaysia di negara ini. Dalam tempoh masa satu jam, sebanyak 381.7kg sampah di sekitar Pantai Muara telah berjaya dikutip oleh para peserta.
 
Program ini berjaya mencapai matlamatnya untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat kepentingan memelihara alam sekitar serta menyampaikan mesej bahawa agenda kelestarian alam sekitar adalah tanggungjawab bersama semua pihak.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Share:
Link copied to clipboard
Back