Mission News

KUNJUGAN HORMAT DARI PESERTA JELAJAH PERPADUAN KAYUHAN SIHAT BORNEO 2025

09 August 2025 1 views

Pada 9 Ogos 2025, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bandar Seri Begawan telah menerima kehadiran peserta Jelajah Perpaduan Kayuhan Sihat Borneo 2025 yang diketuai oleh Puan Azlina Abdul Aziz, Presiden Pertubuhan Nadi Sihat.
 
Jelajah Perpaduan yang melibatkan 37 orang peserta telah memulakan jelajah daripada Kudat, Sabah pada 4 Ogos 2025 dan dijangka menamatkan perjalanan mereka di Telok Melano, Sarawak pada 18 Ogos 2025.
 
Suruhanjaya Tinggi Malaysia selaku rakan strategik program jelajah ini yang merupakan anjuran bersama Nadi Sihat dan Kementerian Perpaduan Negara, berbesar hati menjayakan Jelajah Perpaduan ini merentasi Negara Brunei Darussalam. 
 
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia TYT Datuk Mohd Aini Atan menyatakan sokongan Suruhanjaya Tinggi Malaysia terhadap penganjuran program seumpama ini yang dilihat dapat menyemarakkan lagi semangat cintakan negara di kalangan masyarakat Malaysia di ambang sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos serta Hari Malaysia pada 16 September akan datang.

Sebelum menyambung kayuhan ke destinasi seterusnya, para peserta telah disajikan dengan jamuan ringan di Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia sebagai tanda sokongan serta meraikan kehadiran mereka di Negara Brunei Darussalam.

Share:
Link copied to clipboard
Back