| Bandari Seri Begawan, 20 Mac 2018 – TYT Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Datuk Ghulam Jelani Bin Khanizaman pada hari ini jam 4.30 petang telah menerima kunjungan hormat Komandan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia First Admiral Dato’ Sabri bin Zali di pejabat beliau.
Turut hadir semasa kunjungan hormat tersebut ialah Prof. Dato’ Dr. Zakaria bin Hj. Ahmad, Col. Mohd Fadzil Bin Mohd Diah, Col Mohd Azmi bin Mohd Yusoff dan Penasihat Pertahanan Col. Kamarudzaman Mohd Thani serta Setiausaha Pertama (Pol.) En. Herman Hardynata Ahmad.
Komandan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia dan delegasi sedang dalam Lawatan Kerja di Negara Brunei Darussalam.
Sebelum itu, TYT Pesuruhjaya Tinggi Malaysia dan Komandan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia telah membuat kunjungan hormat ke atas Mejar Jeneral Pengiran Dato’ Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei di Bolkiah Garisson, Bandar Seri Begawan.
Berikut adalah antara gambar yang diambil semasa kunjungan hormat. |
| |
| |
| |