Delegasi CSPS atau nama penuhnya Centre for Strategic and Policy Studies Negara Brunei Darussalam telah membuat kunjungan hormat ke atas TYT Datuk Ghulam Jelani bin Khanizaman, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darusalam pada 13 April 2017. Delegasi CSPS terdiri dari YBhg. Dr. Norhabibah Kamis, Head of International Affairs & Resources dan Pn. Rina Sidek, Information & Resource Officer. Hadir sama semasa kunjungan hormat tersebut ialah Puan Rafedah Abdul Aziz, Penasihat Kedutaan dan Encik Herman Hardynata Ahmad, Setiausaha Pertama (Politik).