Mission News

KUNJUNGAN HORMAT OLEH DELEGASI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) MALAYSIA

22 May 2025 1 views

Pada 22 Mei 2025, TYT Datuk Mohd Aini Atan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia telah menerima kunjungan hormat oleh delegasi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP Tuan Haji Md. Johari Hassan.

Semasa kunjungan hormat tersebut, TYT Datuk Mohd Aini dan Tuan Haji Johari saling bertukar-tukar pandangan berhubung potensi kerjasama dua hala yang boleh diterokai bersama Brunei dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu, serta melalui platform Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM).

TYT Datuk Mohd Aini menyatakan sokongan Suruhanjaya Tinggi Malaysia terhadap usaha DBP dalam memperkasakan Bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa utama di persada dunia, sejajar dengan agenda diplomasi budaya yang diketengahkan di bawah dasar luar Malaysia.

Share:
Link copied to clipboard
Back