| Bandar Seri Begawan, 02 Ogos 2018 – Delegasi Jabatan Imigresen Malaysia, Limbang seramai 11 orang yang di ketuai oleh YBhg. Pn. Kalthom bin Ahmad, PPI, Ketua Imigresen Bahagian, Pejabat Imigresen Bahagian Limbang telah membuat Kunjungan Hormat ke atas Puan Rafedah Abdul Aziz, Kuasa Usaha Sementara di Suruhanjaya Tinggi Malaysia hari ini.
Kujungan Hormat ini merupakan sesi percambahan fikiran berkenaan isu-isu semasa Imigresen dan juga memperkukuhkan lagi kerjasama erat antara Jabatan Imigresen dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia.
Hadir sama semasa Kunjungan Hormat tersebut ialah Setiausaha Kedua (Pentadbiran dan Kewangan) serta Setiausaha Ketiga (Pentadbiran dan Kewangan) Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Bandar Seri Begawan. |
| |