| Pada hari Jumaat, 11 Ogos 2017, Jam 3.00 petang, TYT Datuk Ghulam Jelani bin Khanizaman, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam telah menerima Kunjungan Hormat oleh Pejabat Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan. Kujungan Hormat ini diketuai oleh YBhg Puan Khaziyati Osman, Timbalan Pengarah Pendidikan Labuan disertai oleh 5 orang Ketua Sektor dan pegawai jabatan, 15 orang guru, 5 orang murid dan 5 orang ibubapa. Kunjungan Hormat ini adalah bersempena dengan Program Lawatan untuk Jaringan Permuafakatan Sekolah Rendah WP Labuan dan Sekolah Rendah Negara Brunei Darussalam yang berlangsung pada 11 – 13 Ogos 2017.
|