|
Bandar Seri Begawan, 31 Januari 2019 – Satu Kunjungan Hormat oleh YBhg Dato’ Adissadikin Bin Ali, Head of Group International Business, RHB Bank Malaysia ke atas Kuasa Usaha Sementara telah diadakan pada hari ini di Suruhanjaya Tinggi Malaysia Bandar Seri Begawan. Hadir sama ialah Tn. Haji Ishak Othman, Country Head, RHB Bank Brunei.
Puan Nadia Azura Mohd Nudri, Penasihat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi Malaysia bagi pihak Kuasa Usaha Sementara telah menerima Kunjungan Hormat tersebut. Turut hadir ialah En. Mohd Ridduan Mohd Nor, Setiausaha Kedua, Suruhanjaya Tinggi Malaysia.
Berikut adalah antara gambar yang telah diambil semasa majlis berlangsung.
|
| |