YBhg. Datuk Hashim Paijan, Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah dan Delegasi membuat Lawatan Kerja ke Negara Brunei Darussalam pada hari ini, 20 April 2017. Beliau dan delegasi membuat Kunjungan Hormat ke atas TYT Datuk Ghulam Jelani bin Khanizaman, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam pada pagi tarikh yang sama.
Turut hadir sama semasa kunjungan hormat tersebut ialah Puan Rafedah Abdul Aziz, Penasihat Kedutaan dan Encik Herman Hardynata Ahmad, Setiausaha Pertama (Politik), Suruhajaya Tinggi Malaysia, Bandar Seri Begawan.