Mission News

KUNJUNGAN MENGHADAP DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA 'ABDUL MATEEN

27 July 2023 1 views

Pada 26 Julai 2023, TYT Raja Dato’ Reza Raja Zaib Shah telah diperkenan untuk menghadap Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah di Istana Nurul Izzah, Jerudong, Bandar Seri Begawan.

 

Pada majlis kunjungan menghadap tersebut, DYTM Pengiran Muda 'Abdul Mateen dan TYT Raja Dato’ Reza telah saling bertukar pandangan menyentuh hubungan dan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Brunei Darussalam, terutamanya dalam bidang belia dan sukan; serta ekonomi dan perdagangan. Kedua-dua pihak juga menyatakan harapan agar hubungan antara rakyat kedua-dua negara dapat diperkasakan lagi khususnya di kalangan golongan belia yang merupakan tonggak kepemimpinan negara pada masa hadapan.

 

Pada majlis menghadap tersebut, TYT Raja Dato’ Reza juga telah mempersembahkan surat undangan mempersilakan DYTM Pengiran Muda 'Abdul Mateen berangkat ke Malaysia bagi menyertai Kejohanan Polo Jemputan RMPA Agong’s Cup pada bulan Oktober 2023 ini.

 

 
 
 
 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back