Mission News

KUNJUNGAN MENGHADAP KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

08 August 2023 1 views
Pada 5 Ogos 2023, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah berkenan menerima menghadap TYT Raja Dato’ Reza Raja Zaib Shah, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam di Istana Negara.
 
Semasa sesi kunjungan menghadap tersebut, TYT Raja Dato’ Reza telah menyembah maklum situasi semasa di Negara Brunei Darussalam serta peluang kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan yang boleh diterokai bersama kedua-dua buah negara.
TYT Raja Dato’ Reza juga menyatakan komitmen tidak berbelah bahagi pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia untuk terus memperluas dan memperkukuhkan jalinan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Negara Brunei Darussalam.
 
 
 
Share:
Link copied to clipboard
Back