Pada 23 April 2024, TYT Raja Dato’ Reza Raja Zaib Shah, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam telah mengadakan Kunjungan Menghadap Perpisahan ke atas Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah di Istana Nurul Izzah, Jerudong, Bandar Seri Begawan.
Pada sesi menghadap tersebut, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia menzahirkan rasa puas hati di atas usaha-usaha yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di Brunei Darussalam sejak Julai 2021. Beliau menyatakan komitmen Malaysia untuk terus memperkukuhkan hubungan dua hala dengan Negara Brunei Darussalam.
TYT Raja Dato’ Reza merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas perkenan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen menerima menghadap.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |



