KUNJUNGAN MUHIBAH PESURUHJAYA TINGGI MALAYSIA KE JABATAN DAERAH TUTONG
TUTONG, Isnin - Jabatan Daerah Tutong menerima kunjungan muhibah dari Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Dato' Ku Jaafar Ku Shaari hari ini.
Kunjungan Dato' Ku Jaafar di jabatan tersebut dialu-alukan oleh Pegawai Daerah Tutong Awang Haji Jamain Momin.
Turut serta dalam kunjungan muhibah itu ialah Setiausaha Kedua Mohd Shahir Shari dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam.
Turut hadir di kunjungan muhibah itu ialah penghulu Mukim Keriam Haji Muhd Taha Abdul Rauf dan Pegawai Tugas-Tugas Khas Haji Haizul Rizal Haji Yahya serta kakitangan di jabatan tersebut.
Ihsan Media Permata