Seramai 24 ahli Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PPTD) Cawangan Wilayah Timur dari pelbagai Agensi dan Jabatan telah mengunjungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bandar Seri Begawan pada 14 Jun 2013.
Ahli-ahli PPTD Cawangan Wilayah Timur tersebut telah diraikan oleh pegawai-pegawai dan kakitangan Suruhanjaya Tinggi dalam satu majlis taklimat.
Taklimat berhubung Suruhanjaya Tinggi telah diberikan oleh Pemangku Pesuruhjaya Tinggi, Cik Haznah Md Hashim dan diikuti dengan jamuan teh.