Pada 16 November 2022, TYT Raja Dato' Reza Raja Zaib Shah telah melakukan lawatan ke Radio Televisyen Brunei (RTB) dan mengadakan perbincangan dengan Tuan Haji Azman Haji Abdul Rahim, Pemangku Pengarah RTB di Kompleks Penyiaran RTB, Sungai Akar. Di dalam pertemuan ini, pihak RTB turut disertai oleh Puan Aminah binti Metali, Penolong Ketua Bahagian TV, Puan Nur Afidah Haji Abdul Malik, Pemangku Ketua Program Radio serta Encik Frankie Chan, Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa.
TYT Raja Dato' Reza dan Tuan Haji Azman telah bertukar-tukar pandangan pelbagai perkara berkaitan kerjasama di dalam bidang penyiaran di antara RTB dan stesyen-stesyen penyiaran di Malaysia khususnya Radio Televisyen Malaysia (RTM). Kedua-dua pihak bersetuju untuk meneroka pelbagai inisiatif bagi merancakkan kembali kerjasama di antara RTM dan RTB. TYT Raja Dato' Reza turut merakamkan penghargaan kepada RTB di atas liputan yang diberikan oleh stesyen penerbitan berkenaan terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia sepanjang tahun ini.
TYT Raja Dato' Reza turut dibawa melawat sekitar Kompleks Penyiaran termasuk bilik berita untuk melihat operasi harian RTB. Selain itu, beliau juga beramah mesra dengan warga kerja RTB untuk lebih memahami skop tugasan mereka.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |






