|
YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Delegasi telah tiba di Negara Brunei Darussalam pada 14 November 2018 untuk menghadiri “Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan (SOM) ke-48 dan Pertemuan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara-negara MABIMS Kali ke-18” di Negara Brunei Darussalam.
Kesemua Menteri-menteri Agama dari Negara Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura atau MABIMS hadir ke mesyuarat ini. Satu Majlis Makan Malam YB Menteri-Menteri Agama MABIMS yang telah dihoskan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam telah diadakan pada 15 November 2018 di The Horizons Seafood Restaurant.
Berikut adalah gambar yang diambil semasa majlis makan malam berlangsung. |
| |
| |