Lawatan Kerja Rasmi Delegasi Sabah ke Negera Brunei Darussalam Sempena The 1st MSME Innovation Expo & The China-ASEAN Expo Brunei 2017, diketuai oleh YB Datuk Haji Mohd Arifin bin Mohd Arif, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah pada 5 hingg 6 Mei 2017. Expo tersebut telah berlangsung di BRIDEX Hall 4, Jerudong.
Delegasi Sabah juga berkesempatan membuat beberapa lawatan ke kawasan perindustrian antaranya:
YB Datuk Hj. Mohd. Arifin mengetuai rombongan peserta-peserta dari Negeri Sabah yang menyertai Ekspo Perusahaan Micro, Kecil dan Sederhana Kali Pertama, Negara Brunei Darussalam, melawat Sabli's Food Industry, Taman Perindustrian Lambak, Brunei Darussalam.
YB Datuk Hj. Mohd. Arifin diberi taklimat mengenai kerja-kerja pembangunan Pulau Muara Besar semasa sesi lawatan tapak.
YB Datuk Hj. Mohd. Arifin dan rombongan dibawa menaiki bot untuk mengelilingi Pulau Muara Besar bagi meninjau kemajuan kerja pembangunan jambatan dan jeti.
Pn. Rafedah Abd. Aziz, mewakili Pesuruhjaya Tinggi Malaysia menerima cenderahati daripada YB Datuk Hj. Mohd Arifin, Ketua Delegasi Kerajaan Negeri Sabah ke Ekspo Pertama Negara Brunei Darussalam.