| YBhg. Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim, Ketua Pengarah JAKIM telah menngadakan lawatan rasmi ke Negara Brunei Darussalam pada 28 September 2018. Beliau dan delegasi telah disambut oleh Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama Islam Negara Brunei.
Pada esoknya beliau membuat Kunjungan Hormat ke atas Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam bagi perbincangan persediaan Mesyuarat MABIMS pada November 2018. Turut serta semasa Kunjungan Hormat tersebut ialah Setiausaha Tetap (SUT), Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Abd Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Malaysia selaku Negara Penghubung MABIMS akan menyerahkan tugas kepada Brunei semasa Mesyuarat SOM dan MABIMS pada bulan November nanti dï Brunei yang akan dihadiri Menter-menteri MABIMS atau Menteri-menteri Agama Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, dan Singapura.
|
| |
| |