LAWATAN SEKOLAH AGAMA MENENGAH TINGGI SULTAN HISHAMUDDIN KLANG SELANGOR KE SEKOLAH-SEKOLAH ARAB DI NEGARA BRUNEI
Lawatan ini adalah sebagai satu usaha untuk mewujudkan jaringan dan jalinan dengan sekolah-sekolah dan Insititusi Pendidikan Tinggi (IPT) di Negara Brunei Darussalam.
Semasa di Bandar Seri Begawan, rombongan seramai 80 orang pelajar, Guru-Guru dan Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengadakan kunjungan ke atas Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah dan Sekolah Ugama Menengah Perempuan Isteri Pengiran Anak Damit.