Mission News

LAWATAN YB SENATOR TAN SRI ABU ZAHAR UJANG, YANG DIPERTUA DEWAN NEGARA KE BRUNEI

04 July 2012 1 views

 

YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang, Yang di-Pertua Dewan Negara dan diiringi oleh 5 orang Ahli Parlimen dan 4 orang pegawai dari Parlimen Malaysia telah mengadakan Lawatan Rasmi ke Brunei Darussalam pada 18 – 20 Jun 2012.

 

Lawatan tersebut telah dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala yang baik di antara Malaysia dan Brunei serta mengukuhkan lagi kerjasama di antara Parlimen Malaysia dan Dewan Majlis Mesyuarat Negara Brunei Darussalam.

 

Semasa di Brunei YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang telah mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim, Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara.

 

DELEGASI DI MAJLIS MESYUARAT NEGARA BRUNEIMENERIMA CENDERAHATI

Share:
Link copied to clipboard
Back