Mission News

Majis Meraikan Ketibaan TYT Amb. Ismail bin Haji Salam, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam dan Isteri, Puan Rosita Binti Ismail

10 February 2019 1 views

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Feb – Satu Majlis Meraikan Ketibaan TYT Amb. Ismail bin Haji Salam, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam dan Isteri, Puan Rosita Binti Ismail telah di adakan di Dewan Serbaguna, Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Bandar Seri Begawan.

 

TYT Pesuruhjaya Tinggi Malaysia dan Isteri telah tiba di Bandar Seri Begawan pada hari yang sama, jam 2.30 petang.

 

Majlis yang bermula pada jam 3.30 petang ini telah dihadiri oleh semua Kakitangan HBS serta keluarga masing-masing serta semua Kakitangan Ambilan Tempatan.

 

Dalam ucapan beliau, TYT Amb. Ismail telah meluahkan rasa bertuah beliau untuk sama-sama berkhidmat di Suruhanjaya Tinggi Malaysia dan seterusnya memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk semua ‘client’  Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini.  Sebelum ditempatkan di sini, TYT Amb. Ismail pernah berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kenya

 

Sebelum itu, TYT Amb. Ismail dan isteri telah menerima sambutan alu-aluan oleh Ketua Perwakilan Negara-Negara ASEAN di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.  Seperti tradisinya, Ketua Perwakilan dari Negara-Negara ASEAN disertai dengan isteri masing-masing menyambut ketibaan Ketua Perwakilan yang baru dalam menyemarakan lagi hubungan antara negara-negara ASEAN.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back