Pada 6 Oktober 2022, TYT Raja Dato' Reza Raja Zaib Shah bersama YM Brig Jen (B) Dato Seri Pahlawan Hj Abdul Razak Hj Abd Kadir, Timbalan Menteri Pertahanan Brunei menjadi tetamu kehormat di majlis doa selamat yang diadakan di Surau Ad-Difa, Bolkiah Garrison, Kementerian Pertahanan.
Majlis doa selamat ini adalah sempena pemergian 30 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang bakal menyertai Malaysian Battalion 850-10(MALBATT 850-10) bagi Misi Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL).
Turut hadir ialah Setiausaha-setiausaha Tetap dan Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan serta Pemerintah-pemerintah ABDB.
Kontinjen ABDB ini dijangka bertolak ke Malaysia pada 17 Oktober 2022 untuk diatur gerak.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |



