Mission News

MAJLIS ISTIADAT PERKAHWINAN DIRAJA

19 February 2024 1 views
Majlis Persandingan Pengantin Diraja dan Majlis Persantapan Diraja sempena Istiadat Perkahwinan Diraja DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dengan YAM Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah binti Adam telah dilangsungkan pada 14 dan 15 Januari 2024 di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan.
 
Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja ini juga diserikan dengan keberangkatan dan kehadiran KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong; DYMM Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor; DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan DYMM Raja Permaisuri Perak; KDYMM Sultan Kedah dan KDYMM Sultanah Kedah; KDYMM Sultanah Terengganu; TYT Yang Di-Pertua Negeri Sabah dan isteri; YAB Perdana Menteri dan isteri; YAB Premier Sarawak dan isteri; serta YAB Ketua Menteri Sabah dan isteri.
 
Keberangkatan Kebawah Duli Raja-Raja Melayu serta kehadiran kepimpinan Kerajaan Malaysia, Kerajaan Negeri Sarawak dan Kerajaan Negeri Sabah ke Majlis Perkahwinan Diraja ini adalah di atas persilaan KDYMM Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Ianya jelas mencerminkan keakraban hubungan istimewa terutamanya di kalangan kerabat-kerabat Diraja serta kepimpinan Kerajaan Malaysia dan Negara Brunei Darussalam.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Share:
Link copied to clipboard
Back