Mission News

Majlis Makan Tengah Hari Bersama YBhg. Dato' Ramlan Ibrahim, Ketua Setiausaha, Kementerian Luar Negeri

01 March 2017 1 views

Majlis Makan Tengah Hari Bersama YBhg. Dato' Ramlan Ibrahim, Ketua Setiausaha, Kementerian Luar Negeri telah diadakan pada hari Rabu, 1 Mac 2017, jam 12.30 tengah hari di Dewan Serbaguna, Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Bandar Seri Begawan.  Majlis makan tengah hari ini telah dihoskan oleh TYT Datuk Ghulam Jelani Khanizaman, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam sempena Lawatan Rasmi Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri menghadiri Mesyuarat 32nd ASEAN-Japan Forum yang diadakan di Bandar Seri Begawan.  Turut hadir di majlis makan tengah hari itu ialah En. Jamal Sharifuddin Johan, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Hubungan Luar ASEAN, Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia, Puan Rafedah Abd. Aziz, Penasihat Kedutaan serta semua Ketua-Ketua Agensi, semua HBS dan semua KAT.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share:
Link copied to clipboard
Back