| Bandar Seri Begawan, 24 Januari 2019 – Satu Majlis Makan Tengah Hari Sempena Lawatan Rasmi YB Tuan Haji Mohamad Bin Sabu, Menteri Pertahanan Malaysia ke Negara Brunei Darussalam telah di adakan pada hari ini di Dewan Serbaguna Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Bandar Seri Begawan.
YB Menteri Pertahanan Malaysia sedang dalam rangka lawatan rasmi ke Negara Brunei Darussalam mulai 22 hingga 24 Januari 2019. Majlis Makan Tengah Hari ini telah dihadiri oleh Diaspora Malaysia di Negara Brunei Darussalam.
YB Menteri Pertahanan Malaysia telah menyampaikan ucapan dan amanat beliau di hadapan rakyat Malaysia yang telah dijemput untuk sama-sama meraikan majlis makan tengah hari ini.
Berikut adalah antara gambar yang diambil semasa majlis berlangsung. |
| |
| |
| |
| |
| |