Pada 3 November 2022, TYT Raja Dato' Reza telah diperkenan untuk menghadap Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah. Majlis menghadap ini telah berlangsung di Balai Penghadapan, Bukit Kayangan, Bandar Seri Begawan.
Semasa majlis menghadap ini, TYT Raja Dato' Reza dan DYTM Pengiran Muda Mohamed Bolkiah telah menyentuh pelbagai perkara mengenai hubungan dua hala Malaysia-Brunei dan kerjasama yang sedia terjalin antara Malaysia dan Negara Brunei Darussalam serta usaha-usaha untuk menggalakkan lebih banyak Pelaburan Langsung Asing (FDI) dari Malaysia ke negara ini pada masa akan datang.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |



