Mission News

MAJLIS MENGHADAP SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM OLEH YAB KETUA MENTERI SABAH

05 October 2022 1 views
YAB Datuk Seri Penglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri dan Menteri Kewangan Sabah telah menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 29 September 2022 di Istana Nurul Iman. YAB Ketua Menteri diiringi oleh TYT Raja Dato' Reza Raja Zaib Shah, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, YB Datuk Haji Kadzim Haji M. Yahya, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, YB Datuk Dr Haji Arifin Mohd Arif, Menteri Tugas-tugas Khas dan YB Sr. Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.
 
Semasa Majlis Menghadap ini, YAB Ketua Menteri Sabah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah berbincang pelbagai perkara mengenai hubungan dua hala antara Malaysia dan Negara Brunei Darussalam mencakupi bidang ekonomi, pelaburan, pertanian, pendidikan dan pelancongan dan menzahirkan iltizam untuk mengukuhkan kerjasama sedia ada ke tahap lebih tinggi.
 
 
 
 
 
 
 
 
Share:
Link copied to clipboard
Back